Bina 24 Jam · Servis Pembinaan Website
Ini peraturan asas bila anda guna servis Bina 24 Jam. Kami tulis dalam bahasa mudah supaya senang faham. Bila anda buat order atau bayar deposit, anda setuju dengan terma di bawah.
Tak ada masa?Baca ayat tebal sahaja untuk ringkasan pantas.
Kemaskini terakhir: September 2026
Kami design dan bina website untuk anda ikut pakej yang anda pilih: Launch, Business, Signature atau Enterprise.
Apa yang termasuk ikut page Pakej. Bilangan page, fungsi dan pindaan adalah seperti yang tertulis pada hari anda order.
Setiap website siap dengan asas yang penting: cantik di telefon, SEO asas, butang WhatsApp, dan disemak oleh manusia sebelum diserahkan.
Nak tambah lebih? Kami beri harga dulu. Contohnya page tambahan, kedai online, sistem booking atau gambar produk. Anda setuju harga dulu, baru kami buat.
Enterprise diberi harga ikut projek. Harga di page Pakej hanyalah harga permulaan.
Anda cuma perlu beri 3 perkara: nama bisnes, apa yang bisnes anda buat, dan cara pelanggan hubungi anda. Logo, gambar dan review adalah pilihan.
Draf siap dalam 24 jam. Masa mula dikira selepas deposit diterima dan maklumat asas lengkap. Anda akan dapat link untuk tengok website anda. (Enterprise ikut timeline dalam sebut harga.)
Kami tulis ayat untuk website anda. Anda cuma pastikan maklumat itu betul, dan anda memang ada hak guna gambar serta logo yang dihantar.
Lambat balas, lambat siap. Kalau maklumat atau maklum balas lewat, tarikh siap akan diundur sewajarnya.
Setiap pakej termasuk pindaan percuma: Launch 3 kali, Business 5 kali, Signature tanpa had selama 30 hari.
Satu pusingan bermaksud satu senarai perubahan. Hantar semua perubahan sekali gus, contohnya teks, gambar, warna atau susunan section.
Tukar konsep selepas draf disahkan dikira kerja baru. Ini termasuk tukar struktur atau tambah page, dan akan diberi harga berasingan.
Lebih dari kuota? Kami beritahu harga dulu. Pindaan tambahan dicaj ikut saiz perubahan, dan anda setuju dulu sebelum kami buat.
Projek siap bila anda sahkan melalui WhatsApp. Kalau tiada maklum balas dalam 14 hari selepas link dihantar, projek juga dikira siap.
Website dipindah ke domain anda selepas baki dibayar.
Perubahan selepas projek siap akan dicaj, kecuali anda melanggan pelan penyelenggaraan.
Bayar deposit 30% untuk mula. Kami mula kerja sebaik deposit diterima.
Baki 70% dibayar hanya selepas anda puas hati. Anda semak dan sahkan website dulu, baru bayar.
Draf tak siap dalam 24 jam? Anda tak perlu bayar baki. Ini jaminan kami untuk draf di klausa 2.2.
Deposit tidak dipulangkan selepas kerja bermula. Kalau anda tak mahu teruskan, website tidak akan dipindah ke domain anda.
Bayar dengan FPX, DuitNow QR, kad atau e-wallet. Harga promo hanya sah dalam tempoh dan slot yang dinyatakan.
Domain dan hosting percuma untuk tahun pertama bagi pakej Launch, Business dan Signature.
Mulai tahun kedua, anda bayar harga kos sahaja. Tiada caj tambahan dari kami. Kami akan ingatkan anda sebelum tarikh pembaharuan.
Domain didaftarkan atas nama anda. Dah ada domain sendiri? Kami boleh guna yang itu.
Enterprise: domain, hosting, server dan database dicaj ikut harga sebenar.
Selepas bayaran penuh, website ini 100% milik anda. Termasuk domain dan semua content.
Anda tidak terikat dengan kami. Minta semua fail dan akses bila-bila masa, kami akan serahkan.
Kami mungkin tunjuk website anda dalam portfolio kami. Tak mahu? Beritahu kami secara bertulis.
Pelan penyelenggaraan adalah pilihan. Website anda tetap berfungsi penuh tanpa pelan Care atau Growth.
Bayar bulanan, batal bila-bila masa. Cuma batal sebelum bil bulan seterusnya.
Enterprise wajib ada pelan penyelenggaraan, dari RM199 sebulan.
Tanpa pelan, anda dapat support percuma 7 hari selepas projek siap. Selepas itu, kerja tambahan dicaj.
Semua urusan dibuat online. WhatsApp 011-7511 2280 atau email binawebsite24@gmail.com.
Kami balas dalam 24 jam pada hari bekerja.
Semua persetujuan mesti bertulis. Kelulusan dan permintaan perubahan dibuat melalui WhatsApp atau email.
Kami boleh hentikan projek jika klien kasar atau mengugut. Tiada bayaran balik dalam kes ini.
Mesej kami di WhatsApp sebelum order. Kami terangkan apa-apa yang tak jelas, tanpa komitmen.
WhatsApp kami